Laman Utama Biodata Forum & Komuniti Fakhrul Anwar Galeri Penerbitan

Ini merupakan hasil karya dan penerbitanku sejak dari tahun 1998. Sejak dari tahun itu aku banyak menerbitkan artikel-artikel dan majalah-majalah dengan edaran secara terhad. InsyaAllah jika ada rezeki nanti, aku akan tubuhkan sebuah syarikat penerbitan majalah untuk menerbitkan majalah Islamic secara komersil untuk edaran seluruh Malaysia.

Penerbitan
..:: POW! (Pearl of Waqafan) ::..
<not available>
Nama POW! (Pearl of Waqafan)
Tahun Terbitan 1998
Penerbit Badan Dakwah dan Rohani,
Kolej Islam Sultan Alam Shah
Harga -
Konsep Komik Islam
Keterangan Ini merupakan majalah berkonsepkan komik Islam. Aku dan Wan Zuhairi bertungkus lumus dalam menyiapkannya untuk tatapan warga KISAS khasnya. Kini Wan Zuhairi telah pun menerbitkan majalahnya sendiri bertajuk Alwan Comics yang boleh didapati di pasaran.
..:: al-Qalam ::..
al-Qalam
Nama
al-Qalam
Tahun Terbitan
1999
Penerbit
Fais Art & Design
Harga
RM 3.80
Konsep
Majalah Isu Antarabangsa
Keterangan
Majalah ini sebenarnya rentetan dari penerbitan risalah yang pernah saya terbitkan sendiri secara tidak rasmi iaitu Minda Mujahideen dan Qudwah Hasanah. Ia banyak mengupas mengenai isu-isu antarabangsa terutama yang melibatkan survival dunia Islam sejagat.
..:: da' Waqafan ::..
da' Waqafan
Nama
da' Waqafan
Tahun Terbitan
2002
Penerbit
Fais Art & Design
Harga
Percuma
Konsep
Majalah Islam Remaja
Keterangan
Majalah ini adalah merupakan edaran percuma buat rakan-rakan dan teman-teman seperjuangan, juga edaran percuma ketika menganjurkan kem-kem motivasi di sekolah-sekolah. Sesuai dengan namanya iaitu waqafan, harta yang diwakafkan. Ia diterbitkan 3 bulan sekali. Banyak mengupas mengenai isu-isu remaja dan pelajar. Juga disertakan tips-tips kejayaan dan juga doa yang sesuai untuk pelajar.
..:: Himpunan Nasyid ::..
Himpunan Nasyid dan Marhaban
Nama
Himpunan Nasyid dan Marhaban
Tahun Terbitan
2003
2004 (2nd Edition)
Penerbit
Fais Art & Design
Harga
RM 3.00
Konsep
Himpunan Lirik Nasyid
Keterangan
Buku ini menghimpunkan lebih kurang 40 lirik nasyid untuk dipelajari oleh murid-murid KAFA JAIM Ayer Panas, murid-murid sekolah rendah agama dan kumpulan-kumpulan marhaban sekitar daerah Jasin. Koleksi nasyid ini termasuklah nasyid-nasyid dari kumpulan-kumpulan nasyid ternama sekarang dan juga petikan nasyid dari kitab-kitab berzanji dan marhaban.
..:: KAFA Qariah Ayer Panas ::..
KAFA Qariah Ayer Panas 2001
KAFA Qariah Ayer Panas 2002
Nama
KAFA JAIM Ayer Panas
Tahun Terbitan
2001 & 2002
Penerbit
Fais Art & Design
Harga
Percuma
Konsep
Buku Aturcara Program
Keterangan
KAFA Qariah Ayer Panas, Bemban telah mengamanahkan saya untuk mereka dan menerbitkan buku aturcara program bagi Majlis Penyampaian Hadiah.
..:: Ibadatul Mukminin ::..
<not available>
Nama
Ibadatul Mukminin
Tahun Terbitan
-belum ditetapkan lagi-
Penerbit
Fais Art & Design
Harga
-belum ditetapkan lagi-
Konsep
Himpunan Doa dan amalan harian bagi pelajar
Keterangan
Buku ini masih lagi dalam proses penulisan. Ia banyak menghimpunkan doa-doa dan amalan yang sesuai diamalkan untuk para pelajar khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi di IPT. Doakan agar buku ini dapat disiapkan dengan jayanya.
..:: Portal al-Muhsineen ::..
Portal Raudhatul Muhsineen
Nama
Portal al-Muhsineen
Tahun Terbitan
2004
Penerbit
Fais Art & Design
Konsep
Portal Ilmu Islam
Keterangan
Portal ini masih lagi dalam proses pembinaan. Antara cadangan kandungan dalam portal ini adalah ruangan tazkirah, tokoh Islam, hukum hakam Islam, sejarah Islam, ilmu al-Quran dan Sunnah, mari belajar Bahasa Arab, lirik nasyid dan banyak lagi. Ia bertujuan agar orang ramai mudah untuk mencari sesuatu artikel atau apa-apa yang berkaitan dengan dunia Islam. Saya mengalu-alukan cadangan dan sumbangan dari rakan-rakan atau sesiapa sahaja.
Rekabentuk / Design
..:: Logo Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ayer Panas, Bemban ::..
Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ayer Panas Bemban
Nama Sekolah Rendah Agama (JAIM) Ayer Panas Bemban
Tahun 1993
Keterangan
Logo yang pertama dicipta ketika masih di dalam darjah 6 dan diguna pakai sehingga sekarang. Tinggalan kenangan untuk sekolah rendah dulu.
..:: Logo KAFA JAIM Ayer Panas, Bemban ::..
Portal Raudhatul Muhsineen
Nama
KAFA JAIM Ayer Panas, Bemban
Tahun
2000
Keterangan
Dilancarkan semasa majlis penubuhan kelas KAFA ini.
..:: Logo X-Matrix Shoppe ::..
Portal Raudhatul Muhsineen
Nama
X-Matrix Shoppe
Tahun
2001
Keterangan
Ia adalah perniagaan secara rasmi yang pertama aku usahakan. Beralamat di Lot 15, Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah DA. Menjual kitab-kitab agama, cd-cd dan kaset-kaset nasyid, al-Quran dan ceramah. Juga menjual peralatan-peralatan ibadah lain. Alhamdulillah...suatu perniagaan yang yang menguntungkan dan mendapat sambutan di kalangan pelajar UUM. Hari ini, syarikat ini telah dijual kepada konsesi lain untuk diuruskan.
..:: Logo FA Record::..
Nama
FA Record
Tahun
2004
Keterangan
Ia sebenarnya adalah anak syarikat kepada X-Matrix Shoppe suatu masa dulu. Kini ia diletakkan di bawah pengurusan Inspirasi Waqafan Enterprise. Banyak menerbitkan kaset-kaset ceramah, cd-cd nasyid dan al-Quran. Juga turut membangunkan perisian-perisian multimedia seperti presentation dan cd interaktif berbentuk edutainment.
..:: Logo Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari ::..
Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari
Nama
Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari
Tahun
2005
Keterangan
Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari...merupakan pusat tuisyen yang ku tubuhkan bersama-sama dengan teman-teman rapat. Alhamdulillah kini telah mula beroperasi, tapi malangnya aku terpaksa mengundur diri atas sebab-sebab tertentu.
..:: Logo Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari ::..
Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari
Nama
Pusat Tuisyen Inspirasi Bestari
Tahun
2005
Keterangan
Logo ini adalah logo baru bagi menggantikan logo lama yang dirasakan tidak sesuai. Ia lebih berbentuk logo sebuah sekolah.
..:: Logo Inspirasi Waqafan Enterprise ::..
Inspirasi Waqafan Enterprise
Nama
Inspirasi Waqafan Enterprise
Tahun
2005
Keterangan
Setelah berakhirnya era X-Matrix Shoppe di UUM dulu, kini muncul perniagaan baru yang aku usahakan sendiri iaitu Inspirasi Waqafan Enterprise. Moga syarikat ini terus berkembang dan maju pada masa akan datang.
..:: Logo Sekolah Menengah Agama At-Toyyibah::..
Madrasah At-Toyyibah Ad-Dinniah
Nama
Sekolah Menengah Agama At-Toyyibah
Tahun
2005
Keterangan
Logo ini adalah logo baru sekolah bagi menggantikan logo lama. Logo ini masih belum digunapakai secara rasmi, masih menunggu untuk dilulus oleh Lembaga Sekolah.
..:: Logo Akademi Insan al-Muhsineen::..
Madrasah At-Toyyibah Ad-Dinniah
Nama
Akademi Insan al-Muhsineen
Tahun
2005
Keterangan
masih dalam proses penubuhan
 

Resolusi Terbaik 1024x768
© 2004 Hakcipta Terpelihara Fakhrul Anwar Ismail